Pengerusi SPPP, Encik Jeffrey Chew Gim Eam telah mengadakan satu sidang akhbar mengenai pelawaan Request For Proposal (RFP) bagi pembangunan tanah-tanah SPPP. RFP yang dimaksudkan terdiri daripada tiga tawaran yang melibatkan tanah-tanah SPPP di Tanjung City Marina, Jalan Anson dan juga tanah di Jalan Chain Ferry, Butterworth.
Di dalam sidang media tersebut, Pengerusi SPPP menyatakan bahawa telah tiba masa untuk SPPP membangunkan semula tanah-tanah tersebut mengikut kesesuaian masing-masing. Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Pengurus Besar SPPP, Puan Monaliza binti Suhaimi. Tawaran RFP ini dibuka mulai 1 April 2019.