Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Pengerusi SPPP Bersama Pemain Industri Pelabuhan Pulau Pinang di Hotel The Royale Chulan Pulau Pinang pada 25 Jun 2019.
Encik Jeffrey Chew Gim Eam selaku Pengerusi SPPP serta Pengurus Besar SPPP iaitu Puan Monaliza binti Suhaimi bersama-sama menyambut ketibaan para tetamu pada majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 50 orang wakil dari pelbagai sektor yang berkepentingan dengan Pelabuhan Pulau Pinang.