Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, YDH Komisioner Polis Sahabudin Abdul Manan telah mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Pulau Pinang pada 7 Oktober 2020.
Lawatan tersebut berlangsung di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU). Rombongan beliau telah disambut oleh Pengurus Besar SPPP, Puan Monaliza binti Suhaimi. Turut menyambut kehadiran beliau ialah Pengerusi Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB), Dato’ Syed Mohamad bin Syed Murtaza dan Ketua Pegawai Operasi PPSB Encik Radhi bin Mohamad.
Lawatan kerja tersebut adalah untuk meninjau operasi di Pelabuhan Pulau Pinang termasuk perkara-perkara yang melibatkan isu keselamatan.