soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

News & Announcement

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Agensi-Agensi Kerajaan Lain bertempat di The Light Hotel, Seberang Jaya pada 1 April 2021. Program ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada Ahli Jawatankuasa Perunding Pelabuhan (JKPP) Pulau Pinang berkenaan pentadbiran dan pengoperasian Pangkalan Kontena Butterworth Utara yang diwartakan sebagai pelabuhan berstatus Zon Perdagangan Bebas pada 1 Februari 2021. Sesi ini juga memberi peluang kepada Ahli JKPP bertukar pandangan berkenaan tatacara pemberian Permit Import (AP) Sisa Plastik dan prosidur-prosidur berkaitan proses penghantaran balik kontena-kontena berisi sisa plastik yang tidak mematuhi perundangan kerajaan. Hadir sama dalam sesi ini adalah Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang, wakil Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) dan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB).

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengurus Besar SPPP, Puan Monaliza binti Suhaimi dan seterusnya taklimat berkaitan pentadbiran dan pengoperasian ZPB PKBU disampaikan oleh Pengurus Zon Bebas Komersil SPPP, Encik Shapudin bin Khalid dan Ketua Jabatan Kontena PPSB, Encik Anuar bin Saidin. Taklimat berkaitan pemberian AP Sisa Plastik disampaikan oleh Pengarah Bahagian Kelulusan dan Pelesenan JPSPN, Encik Mohd Zaini bin Hasnan. Program diakhiri dengan taklimat berkaitan prosidur penghantaran pulang kontena sisa plastik ke negara asal oleh Penolong Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Encik Pravin Segaran. Bagi meningkatkan pemahaman dan pengetahuan, pegawai dan kakitangan SPPP turut hadir sama dalam sesi berkenaan.

Puan Pengurus Besar memaklumkan bahawa program seumpamanya ini akan diteruskan bagi mengeratkan hubungan antara pemain-pemain industri dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan sekaligus SPPP menjalankan fungsinya selaku pemudahcara perdagangan Pelabuhan Pulau Pinang.

 

 

 

LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s