Pengerusi Persatuan Import dan Eksport Pulau Pinang Dato' Ooi Cheng Chye dan ahli-ahli jawatankuasanya telah mengadakan lawatan ke SPPP hari ini. Rombongan lawatan telah disambut oleh Pengerusi SPPP Datuk Tan Teik Cheng yang turut memberikan penerangan tentang operasi pelabuhan. Ia termasuk pelan pembangunan masa depan Pelabuhan Pulau Pinang, projek pelebaran Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU) dan pewartaan PKBU sebagai Zon Perdagangan Bebas mulai 1 Februari 2021. Ahli-ahli jawatankuasa persatuan juga turut memberikan pandangan dan cadangan masing-masing di dalam sesi taklimat yang diadakan.
Datuk Tan amat berbesar hati di atas lawatan tersebut serta sokongan dan galakan yang diberikan dari pihak persatuan.