soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

News & Announcement

Majlis Pencapaian Ulung Operasi 'Transhipment' Pertama telah diadakan di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU) pada 29 April 2021. Majlis ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) Datuk Tan Teik Cheng bagi menyambut kapal Ever Chant milik Evergreen iaitu kapal pertama yang membolehkan Penang Port menjalankan operasi sulung Zon Bebas Komersil (ZBK) di NBCT. Sejumlah 667 TEUs akan ditempatkan di NBCT manakala sebanyak 223 TEUs dikategorikan sebagai kontena transhipment. Port of origin bagi kapal ini ialah dari Myanmar dan destinasi singgahan seterusnya ialah di Pelabuhan Kelang. Persinggahan terakhir kapal ini adalah di Pelabuhan Laem Chabang sebelum meneruskan pelayaran ke China.

Pelabuhan Pulau Pinang telah mengenalpasti beberapa pelan bagi menggalakkan aktiviti ZBK di dalam FTZ iaitu menggalakkan aktiviti transhipment bagi kontena yang bergerak di antara Teluk Benggala dan negara Timur Jauh atau sebaliknya. Selain itu menghubungkan pihak perkapalan dari Teluk Benggala dengan operator perkapalan utama ke negara-negara Timur Jauh.

Pihak Penang Port juga telah berhubung dengan beberapa syarikat operator perkapalan utama untuk mempromosikan aktiviti ZBK bagi merancakkan lagi aktiviti transhipment di NBCT. Beberapa syarikat operator perkapalan yang berpotensi telah menunjukkan maklum balas yang positif untuk mempertimbangkan tawaran yang bakal diberikan oleh Penang Port.

NBCT telah diwartakan sebagai Zon Perdagangan Bebas (Free Trade Zone - FTZ) berkuatkuasa pada 1 Februari 2021 serta telah beroperasi secara rasminya pada 1 Mac 2021. Pewartaan NBCT sebagai FTZ menjadi pelengkap kepada kawasan FTZ di Dermaga Air Dalam Butterworth. Pewartaan ini amat bersesuaian dan seiring dengan pertumbuhan dan perkembangan industri pelabuhan di negeri Pulau Pinang. Ianya juga memberikan kemudahan kepada aktiviti operasi di NBCT yang berorientasikan transhipment khasnya dari negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Thailand dan Myanmar.

SPPP selaku Pihak Berkuasa Pelabuhan serta Pihak Berkuasa Zon yakin dengan pewartaan NBCT sebagai FTZ bakal merancakkan lagi aktiviti operasi di NBCT. SPPP percaya Penang Port Sdn. Bhd. selaku operator pelabuhan telah mengenalpasti beberapa peluang untuk dimanfaatkan terutamanya dalam kegiatan transhipment dari pasaran Teluk Benggala ke Pulau Pinang. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Penang Port Sdn. Bhd., jumlah kendalian kontena pada tahun 2020 dari serantau Teluk Benggala adalah sekitar 8.1 juta TEUs.

 

LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s