Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) sedang melaksanakan konsultansi awam bermula 26 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021 untuk mendapatkan ulasan dan maklum balas pengguna pelabuhan dan pemain industri terhadap pengenaan caj berkaitan perkhidmatan pelabuhan bagi tujuan penggazetan. Konsultansi yang dijalankan dengan kerjasama Unified Public Consultation di bawah Malaysian Productivity Corporation (MPC) merangkumi tinjauan ke atas Caj-Caj Atas Perkhidmatan Pelabuhan Pulau Pinang, Caj-Caj Atas Perkhidmatan Pelabuhan di Swettenham Pier Cruise Terminal dan Pengenaan Caj- Caj Atas Perkhidmatan Vehicle Booking System (VBS). Konsultasi awam ini merupakan elemen penting di dalam Regulatory Impact Analysis (RIA) yang dilaksanakan secara terangkum dengan semua pihak yang berkaitan. Proses ini juga selaras dengan kehendak Good Regulatory Practice (GRP) yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.
Pautan link untuk konsultansi awam terhadap pasca-pelaksanaan ‘post-implementation’ pengenaan caj-caj perkhidmatan pelabuhan sebelum ianya digazetkan (NGT)
https://upc.mpc.gov.my/csp/sys/bi/work/upc/shareThumbnail/SPPP423.csp?$NAMESPACE=UPC&redirPage=regulation&redRegId=423&redId=2®Id=423
Pautan link untuk konsultansi awam terhadap cadangan Caj-Caj Atas Perkhidmatan Pelabuhan di Swettenham Pier Cruise Terminal sebelum ianya digazetkan (SPCT)
https://upc.mpc.gov.my/csp/sys/bi/work/upc/shareThumbnail/SPPP425.csp?$NAMESPACE=UPC&redirPage=regulation&redRegId=425&redId=2®Id=425
Pautan link untuk konsultansi awam terhadap cadangan pengenaan Caj-Caj Atas Perkhidmatan Vehicle Booking System (VBS) sebelum ianya digazetkan (VBS)