soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

News & Announcement

Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah mengadakan satu sidang akhbar khusus berkaitan pembukaan kembali aktiviti kruis domestik di Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) pada hari ini, 4 Disember 2021. Sidang akhbar tersebut adalah kerjasama antara SPPP, Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB), dan juga Genting Cruise Lines. Sidang akhbar tersebut diketuai oleh Pengerusi SPPP, Datuk Tan Teik Cheng bersama Pengurus Besar SPPP, Puan Monaliza binti Suhaimi. Turut serta ke sidang akhbar adalah Pengerusi PPSB, Dato' Syed Mohamad bin Syed Murtaza bersama Ketua Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT), Encik Mohamed Shaffi bin Khatri Abdullah serta wakil dari Genting Cruise Lines iaitu Kapten Havard Ramsoy dan Puan Cynthia Lee.

Sidang akhbar tersebut adalah bertujuan untuk memaklumkan bahawa aktiviti pelayaran kruis domestik akan bermula pada 22 Disember 2021 ini dengan pelayaran kapal Star Pisces. Perihal keselamatan juga adalah elemen yang amat dititikberatkan ke atas para penumpang di mana kawalan yang rapi akan diambil antaranya ialah ujian Antigen Rapid Test (ART) oleh setiap penumpang sebelum menaiki kapal, dan penjarakkan sosial diseluruh kawasan di atas kapal.

SPPP yakin dengan adanya sidang akhbar tersebut, pihak media mampu memperolehi maklumat yang lebih lengkap dan tepat mengenai pembukaan kembali aktiviti kruis domestik di SPCT untuk disebarkan kepada orang ramai.

Kenyataan akhbar versi BM

Kenyataan akhbar versi English

Kenyataan akhbar versi Mandarin

 

 

 

LINK TO BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank   bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Level 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No. 1A, King Edward Place
10300 George Town, Penang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Follow Us
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s