Pada 1 Februari 2023 (Rabu) telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Geran Penyelidikan bagi Menjalankan Kajian Kebolehlaksanaan Penang Port Community System (PPCS) bertempat di Bangunan Canselori dan Pentadbiran, Universiti Malaysia Terengganu. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh YBrs. Puan Monaliza binti Suhaimi, Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) bersama-sama YBhg. Profesor Dato’ Dr. Mazlan bin Abd. Ghaffar, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT). SPPP percaya kerjasama yang dimeterai melalui perjanjian geran penyelidikan di antara SPPP dan UMT ini dapat membantu SPPP dalam mewujudkan satu platform 'Single Window' yang memenuhi keperluan pemegang taruh serta menjadikan urusan pelepasan kapal di Pelabuhan Pulau Pinang lebih mudah, cepat dan sistematik menerusi pendigitalan.