Encik Vijayaindiaran A/L R. Viswalingam, Pengurus Besar Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah mengadakan lawatan ke Jeti Teluk Ewa pada hari ini, 24 Mei 2023.
Tuan Pengurus Besar yang disambut mesra oleh Pengurus Operasi Kedah Cement Jetty Sdn. Bhd. (KCJSB) telah dibawa melawat Pejabat KCJSB di Jeti Teluk Ewa tersebut. Beliau telah diberi penerangan mengenai had kawasan perairan Teluk Ewa yang telah diwartakan mengikut perjanjian Kerajaan Malaysia. Beliau seterusnya dibawa melawat kawasan Jeti Teluk Ewa yang meliputi Loader 1, Loader 2 dan juga Unloader.
Tuan Pengurus Besar SPPP juga berkesempatan untuk melihat Conveyer Belt System yang digunakan untuk mengangkut simen ke kapal dan melihat dengan lebih dekat operasi kapal di jeti tersebut.