Dermaga Prai
Pelabuhan Pulau Pinang dalam perancangan untuk membangunkan semula dermaga Prai yang lama menjadi sebuah terminal yang moden untuk pengendalian batu kapur, bijih besi dan cement clinkers. Jumlah pelaburan bagi projek berkenaan dianggarkan sebanyak RM224 juta. Terminal baru ini akan mempunyai kedalaman sehingga 14 meter dan berupaya menerima vesel Panamax. Terminal ini juga akan dilengkapi dengan conveyor belt yang akan menghubungkan terus ke premis pengguna. Terminal ini juga akan mempunyai hubungan dengan national grid KTMB dan dijangka dapat mengendalikan 2 juta tan kargo pukal batu kapur, 2 juta tan kargo pukal bijih besi dan 1 juta tan pelbagai jenis kargo pukal.