Pelabuhan Pulau Pinang mengamalkan International Ship and Port Facility Security (ISPS) Code. Pelabuhan Pulau Pinang melengkapkan operasi dan perkhidmatan ferinya dengan pelbagai perkhidmatan sampingan seperti pemaliman, tunda kapal, membaiki kapal di limbungan, keselamatan dan kebombaan.
PemalimanTunda KapalMembaiki kapalKeselamatanKebombaan
Mandatori dan diperlukan bagi kapal-kapal seberat 600 tan ke atas di dalam kawasan had pelabuhan. Ia juga perlu bagi kapal-kapal dengan berat 200 tan ke atas untuk berlabuh/belayar keluar dari jeti-jeti persendirian atau dermaga-dermaga di pelabuhan.
Perkhidmatan bot-bot tunda dilengkapi dengan peralatan memadam kebakaran, beroperasi sepanjang masa bagi kemudahan untuk kapal-kapal berlabuh dan belayar.
Membaiki kapal-kapal milik pelabuhan serta menyelenggara kapal komersil sehingga berat 700 tan di Limbungan Bagan Dalam.
Pelabuhan Pulau Pinang menyediakan pemantauan keselamatan 24 jam sehari di semua pintu keluar/masuk bagi memastikan keselamatan maksimum.
Sebarang kebakaran sama ada di kawasan pelabuhan atau di laut sentiasa mendapat perhatian oleh pihak bomba pelabuhan dengan peralatan kebombaan yang terkini.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan sampingan, sila hubungi: Penang Port Sdn. Bhd.
Ketua - Perkhidmatan Marin Tel: +604 310 2332 Faks: +604 324 5971
Marin - Operasi Menara Kawalan Tel: +604 310 2334 Faks: +604 331 4961
Jurutera Kanan Marin (Perancangan) Tel: +604 310 2342 Faks: +604 333 7146
|
Ketua - Keselamatan dan Kebombaan Tel: +604 310 2275 Faks: +604 331 3210
Bilik Kawalan Kebakaran (Dermaga Butterworth) Tel: +604 310 2266 Faks: +604 333 1255
Bilik Kawalan Kebakaran (Pangkalan Kargo Pukal Prai) Tel: +604 380 2226 Faks: +604 397 0605
|