Pelabuhan ini dihubungkan dengan rangkaian jalan raya dan landasan kereta api yang baik ke kawasan pedalaman.
Jalan raya
Melalui Lebuhraya Utara - Selatan mulai dari sempadan Malaysia - Thailand hingga ke sempadan Malaysia - Singapura.
Landasan Kereta api
Landasan kereta api sepanjang 2.5km menghubungkan Pangkalan Kontena Butterworth Utara ke 'national grid' di stesen kereta api Butterworth.
Udara
Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas hanya terletak 40km dari pelabuhan dan hanya mengambil masa 30 minit perjalanan.
Laut
Pelabuhan ini juga dihubungkan dengan lebih dari 200 buah pelabuhan seluruh dunia.