Jeti Teluk Ewa terletak di atas tanah seluas 45 hektar di bahagian utara pantai Pulau Langkawi. Jeti ini dibina pada tahun 1982 dan mula beroperasi pada bulan September 1984. Dermaganya adalah sepanjang 330 meter manakala panjang sub-jetinya ialah 150 meter. Dermaga tambahan sepanjang 157 meter telah dibina pada tahun 1993 bagi memenuhi peningkatan jumlah kendalian kargo.
Jeti Teluk Ewa dibina khusus bagi mengangkut bahan-bahan mentah dan peralatan alat ganti bagi kilang simen di Teluk Ewa di samping untuk pengeksportan simen.
SPPP telah dilantik sebagai Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Badan Kawal Selia kepada Jeti Teluk Ewa di Langkawi mulai 1 Januari 1999 melalui satu Perintah Menteri.
- Melaksanakan kuasa, fungsi dan tanggungjawab terhadap:-
- Penggunaan kemudahan-kemudahan pelabuhan
- Pengurusan kemudahan-kemudahan pelabuhan dan perkhidmatan
- Penetapan standard prestasi untuk kemudahan-kemudahan pelabuhan
- Penguatkuasaan
- Memungut dius pelabuhan
- Peranan conservancy kepada laluan masuk/keluar ke pelabuhan
- Pentadbiran dan pelesenan
No. Talian:
Telefon: +604 9594311
Faks : +604 9592311
Kedah Cement Jetty Sdn Bhd
Pelabuhan Teluk Ewa
Mukim Ayer Hangat
Teluk Ewa
07000 Langkawi, Kedah
No. Talian:
Telefon : +604 9594600
Faks : +604 9594598