Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, iaitu Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas di Seri Mutiara, Pulau Pinang pada 28 Mei 2020.
Semasa kunjungan hormat tersebut, Pengerusi SPPP berpeluang untuk bertanya khabar, beramah mesra dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada TYT Tun.