soalan lazim2| hubungi kami2| aduan2| petalaman3

Berita & Pengumuman

Tahun Baru Cina pada kali ini jatuh pada Tahun Lembu. Ia menjadi tahun yang penuh dengan harapan.  Saya selaku Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang amat berharap agar kita semua dapat bekerjasama untuk mencapai kejayaan yang lebih baik dan negara kita menjadi lebih maju, makmur dan bersatu padu terutama dalam menangani pandemik Covid-19. 

Seperti yang kita sedia maklum bahawa vaksin untuk Covid-19 akan tiba di Malaysia selepas Tahun Baru Cina iaitu pada penghujung bulan Februari ini.  Saya percaya dengan ketibaan vaksin ini serta kerjasama dari rakyat Malaysia, pandemik ini akan dapat disingkirkan dari terus menghantui masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya dan kita semua dapat menjalani kehidupan baru yang lebih baik selepas ini.

Meskipun berdepan dengan cabaran Covid-19, saya selaku Pengerusi SPPP serta Ahli-ahli Lembaga SPPP dan seluruh warga SPPP akan terus berusaha untuk memaju dan meningkatkan prestasi perkhidmatan SPPP serta Pelabuhan Pulau Pinang agar dapat membawa Pelabuhan Pulau Pinang ke kedudukan yang lebih tinggi di peringkat antarabangsa.

Pewartaan Pangkalan Kontena Butterworth Utara (PKBU) sebagai Zon Perdagangan Bebas (ZPB) baru-baru ini menjadi sejarah kepada titik mula hala tuju baru Pelabuhan Pulau Pinang.  Kewujudan ZPB di PKBU pastinya akan dapat meningkatkan jumlah kendalian kargo di Pelabuhan Pulau Pinang dan secara tidak langsung akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi Pulau Pinang dan industri sekitar pelabuhan.

Pengenalan feri bot laju pada tahun 2021 juga dijangka akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para penumpang yang berulang alik di antara bahagian pulau dan tanah besar.  Feri-feri lama yang mempunyai nilai sejarah dan warisan pula tidak akan dipinggirkan malah akan dimanfaatkan untuk tujuan tarikan pelancongan di negeri Pulau Pinang hingga ke peringkat antarabangsa.

Seperti kata pepatah “Tidak ada musim sejuk yang tidak akan berlaku dan tidak ada musim bunga yang tidak akan datang”, saya dan Ahli-ahli Lembaga serta seluruh warga SPPP amat berharap wabak ini akan berlalu pergi dan segera berakhir pada Tahun Lembu serta memberi khabar gembira untuk Malaysia.  Marilah kita sama-sama mengembleng tenaga dan berusaha untuk menjadikannya suatu kenyataan.

Saya dengan penuh keikhlasan mendoakan semua pihak sentiasa berada dalam keadaan sihat, sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan dan maju jaya.

Selamat Tahun Baru Cina.

Datuk Tan Teik Cheng

 

Perutusan Pengerusi SPPP CNY

PAUTAN KE BANK
bank cimb   bank maybank   bank publicbank  bank ambank
QR code
click

QR Code

QR code

Scan this QR Code using your smartphone

 Aras 2, Swettenham Pier Cruise Terminal, No.1A, Pesara King Edward
10300 George Town, Pulau Pinang.

604.263.3211 | 604.262.6211 |  sppp[at]penangport[dot]gov[dot]my
Ikuti Kami
icon facebook2  icon twitter  icon instagram3  icon 5s