PPVIN Pelabuhan Pulau Pinang telah melabuhkan tirainya pada 20 September 2021 setelah beroperasi selama 37 hari.
SPPP ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam usaha menjayakan program vaksinasi di Pelabuhan Pulau Pinang. SPPP yakin bahawa dengan berakhirnya program vaksinasi ini telah serba sedikit membantu usaha Kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok.
Diharapkan orang ramai untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan dan sama-sama kita berganding bahu dalam berjuang menentang virus Covid 19 ini.