LIMA '23 secara rasminya telah dibuka pada hari ini, 23 Mei 2023 bertempat di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC).
Pembukaan LIMA '23 dimulakan dengan Gracing Ceremony yang dihadiri oleh YB Datuk Seri Mohamad Hasan selaku Menteri Pertahanan dan juga YB Tuan Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan. Gracing Ceremony tersebut menyaksikan aksi pembukaan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di ruangan udara MIEC. Encik Vijayaindiaran A/L R. Viswalingam selaku Pengurus Besar SPPP juga meluangkan masa untuk menyertai Gracing Ceremony tersebut.
Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dengan kerjasama Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) juga mengambil kesempatan untuk membuka booth pameran sepanjang penganjuran LIMA '23 ini iaitu dari 23 hingga 27 Mei 2023.
SPPP mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Menteri Pengangkutan kerana sudi mengunjungi booth pameran SPPP dan beliau telah diberi taklimat ringkas mengenai Guide to Cruise Activities at The Port of Penang yang telah disediakan oleh SPPP dengan kerjasama Agensi-agensi Kerajaan.