Seramai 10 orang delegasi dari Fujian Provincial Department of Transportation telah mengadakan lawatan ke SPPP pada 26 Jun 2019. Delegasi tersebut terdiri dari para pegawai kanan beberapa agensi di Wilayah Fujian, China.
Pengerusi SPPP, Encik Jeffrey Chew Gim Eam telah berbesar hati menerima kunjungan tersebut di pejabat SPPP di SPCT. Lawatan tersebut adalah merupakan salah satu agenda delegasi tersebut ke Malaysia. Objektif lawatan ke SPPP adalah untuk melihat SPCT dengan lebih dekat termasuk operasi dan mendapatkan maklumat lanjut mengenai SPCT. Lawatan tersebut turut disertai oleh para pegawai kanan SPPP dan PPSB.