DIUS PELABUHAN
-
Caj yang dikenakan bagi kapal yang berlabuh di himpitan marina adalah pada kadar RM 4.00 sehari atau RM 60.00 sebulan bagi setiap meter panjang atau mana-mana bahagiannya.
-
Bagi maksud perenggan (1) -
-
sehari bermaksud satu tempoh bermula dari jam 1200 pada hari pertama hingga jam 1200 pada hari berikutnya, atau sebahagian daripadanya;
-
sebulan bermaksud suatu tempoh berterusan selama tiga puluh hari dan sekiranya ada tambahan hari, caj harian akan dikenakan; dan
-
panjang kapal hendaklah diukur mengikut PK.
-
-
Kapal multihulls (kapal yang lebih dari satu badan/ hul) seperti katamaran dan trimaran akan dikenakan caj tambahan sebanyak 40% dari kadar yang dinyatakan dalam perenggan (1).
TAMBATAN
-
Bagi kapal yang ditambat ke boya atau tambatan cerucuk atau apa-apa jenis tambatan ke dasar laut, caj yang dikenakan hendaklah pada kadar RM 2.00 sehari atau RM 30.00 sebulan bagi setiap meter panjang atau mana-mana bahagiannya.
-
Kapal ditambat dari masa ia mula berlabuh hingga ke masa ia dilepaskan.