-
BAHAGIAN KORPORAT
Akuan terima kepada pengadu akan dibuat dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Maklum balas kepada pengadu mengenai tindakan/siasatan aduan akan diberi dalam tempoh lima (5) hari bekerja. -
PENGELUARAN LESEN (PENGENDALIAN KARGO DAN STEVEDORE)
Pengeluaran lesen dibuat dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas mendapatkan kelulusan. -
PENGELUARAN PERMIT MENGANGKUT DALAM PELABUHAN
Pengeluaran permit dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja tertakluk semua dokumen yang lengkap diterima. -
UNIT ZON BEBAS KOMERSIL
Kelulusan pergerakan barangan Zon Bebas Komersil diberi dalam tempoh empat (4) jam tertakluk kepada proses permohonan yang lengkap. -
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN DAN KEWANGAN
Pembayaran akan dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh dokumen lengkap diterima oleh Unit Kewangan. -
UNIT KARGO BERBAHAYA
Setiap permohonan pengendalian kargo berbahaya secara atas talian yang dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan lain yang berkaitan akan diluluskan dalam masa dua (2) jam.